Saturday, January 3, 2009

Kitaran Nabi Yusof (Joseph Cycle) dan Mukjizat Al-Quran

Entri kali ini berkaitan dengan keadaan ekonomi dan juga bukti mukjizat Al-Quran. Korang pernah dengar tentang Kitaran Nabi Yusof ataupun dikenali sebagai Joseph (Yusof) Cycle??

Before ni, aku tak pernah tahu pun tentang kitaran ni dan tak pernah pulak nak ambil tahu. Sampai la suatu hari, waktu aku jumpa sorang prospect yang ade niat laen masa aku buat program dana. Dia msg aku nak tau pasal program yang aku buat ni. So, aku pun pergi la jumpa manusia yang belum dikenali ni kat kedai makan area tmn perumahan aku jgk.

So, mase berjumpa, dia perkenalkan diri sebagai Asnor. so, after dia mintak aku terangkan tentang program aku, aku pun membebel la selama 20 minit ttg program dana, yang buatkan aku berjaya dptkan RM23ribu mase cuti sem yang lepas.

Abis jer aku cerita, ngan penat bebel tak ilang lagi, tetiba je dia cakap "mahu tak saya tunjukkan awak satu jalan untuk tolong awk dalam menghadapi hari esok awk?" Mase tu aku dah mule nak baran. Aku bajet, mamat ni dari skim MLM mane plk dah. Perangai aku cukup pantang kalau aku dipanggil untuk presentkan tentang bisnes kat somebody, tapi at the end, dia promote bisnes dia plk. Bagi aku org spesis ni mmg LOSER sebab dia mempergunakan flyers aku! Ikut hati, mau aku sembur api kat dia nih! Nasihat: Use your own flyers to get your own prospect la!

So, aku try cool dulu dan tanya tentang ape yg dia nak cakap. Aku sound suruh dia cakap direct jer, tak payah berkias. Gua dah letih bebel td beb! Abis ais limau sejag segelas! So dia pun mula la perkenalkan tentang Insuran yang dia buat (aku mase tu dah "alahaiiiii"). Disebabkan aku pernah eksiden hampir maut dulu, mase aku takde insuran tu, so aku ni ada la percentage penerimaan insuran yang agak tinggi dan aku leh tadah telinga untuk mendengar.

So, mase dia duk goreng tentang insuran ni la dia masukkan sekali tentang Kitaran Nabi Yusof ataupun Joseph Cycle tu. Ni adalah antara taktik dia la ni nak tarik aku amik insuran. Anyway, proses kitaran tu berjaya menarik minat aku untuk mengetahuinya lebih mendalam. Lepas haritu, aku mula la kaji dan search internet tentang kitaran tu. Aku nak sumber kronologi tentang ekonomi dunia berkaitan dgn Kitaran Nabi Yusof tu dia tak bagi. Hampeh! Biase la. Senjata rahsia ahli insuran agaknya. Jadi, terpaksa la aku buat kajian dengan mencari sumber dari internet. Hasil daripada googling aku kat tenet ni, sukacita (skema beb) aku nak kongsi dengan korang semua.

Kitaran Nabi Yusof ni direvealkan oleh para pakar ekonomi hasil daripada kajian mendalam keatas Kalam Allah, melalui surah Yusuf (ayat 46-49)

"Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang yang mengutusku itu, agar mereka mengetahuinya."

Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh musim(lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh musim yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.

Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." (Surah Yusof : 46-49)
Ayat ini menerangkan tafsiran daripada Nabi Yusuf semasa beliau di dalam penjara keatas mimpi Raja Mesir. Raja mesir bermimpi tentang 7 ekor sapi betina yang gemuk dan 7 ekor sapi betina yang kurus serta 7 butir gandum yang hijau dan 7 butir gandum yang kering.

Tafsiran tentang Mesir akan berhadapan dengan 7 tahun musim kemarau yang teruk selepas 7 tahun musim subur serta nasihat dari Nabi Yusof yang meminta Mesir menyimpan hasil makanan untuk menghadapi musim kemarau berjaya menyelamatkan Mesir daripada menerima kesan buruk akibat kemarau tersebut dan natijahnya, Nabi Yusof telah dibebaskan dari penjara dan dilantik sebagai pembesar Mesir.

Dari ayat ini juga dapat kita lihat mukjizat Al-Quran iaitu menceritakan tentang sejarah masa lampau dan hasil dari pengkajian mendalam terhadap ayat ini jugalah merungkai satu lagi bukti mukjizat al-Quran iaitu menceritakan tentang perkara yang akan berlaku.

7 tahun subur dan 7 tahun kemarau serta 7 tahun yang subur semula telah berlaku pada hari ini dalam bentuk ekonomi dunia. Kronologinya, saya tunjukkan melalui kitaran ekonomi di Malaysia bermula pada tahun 1969.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1969-1975 (6+ tahun) > Selepas pilihanraya, berlakunya peristiwa 13 Mei hasil ketidakseimbangan stratifikasi ekonomi kaum di Tanah Melayu yang seterusnya melihat DEB diperkenalkan serta FELDA dan FELCRA diperkenalkan. Pada waktu ni mmg susah beb. Disebabkan ekonomi negara yang telah disetkan penjajah dari awal, kesannya, negara mengalami kitaran kemarau ekonomi. Korang sure tau keadaannye mcm mn. Tgk crite Spiderman Bilut. Ade la ditunjukkan sket keadaan pada waktu permulaan FELDA diperkenalkan. Teroka tempat jin bertendang!

::Kitaran Subur/Bull Run::
1976-1982 (6+ tahun) > Hasil FELDA dan FELCRA dikeluarkan dan pada waktu ni, harga getah melambung tinggi. Begitu juga dgn kelapa sawit. Waktu ni, sape2 yang usahakan kebun getah, duit seringgit kertas tu buat untuk gulung tembakau, pastu cucuh api, isap. Korang nak try buat time skarang. Try la gulung seringgit, buh tembakau, pastu isap kat Subaidah dan buat muke poyo blagak gila (tapi aku rasa, dengan kenaikan harga rokok skarang, kepada sape2 isap rokok tu, rasenya same la mcm org dulu tu yg bubuh tembakau dalam gulungan duit dan bakar. Kire la sendiri sebatang rokok harga brape skarang)

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1983-1989 ( 6+ tahun) > Waktu ni berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan pengangguran banyak berlaku kat Malaysia. Harga getah yang tinggi dah jatuh serendah rendah nye menyebab yang isap rokok pakai duit kertas kembali kepada daun kelapa. Rizalmat, membe sekelas aku suka isap rokok daun. Mcm org tua.

::Kitaran Subur/Bull Run::
1990-1996 ( 6+ tahun) > Economic boom di Malaysia ketika Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai menteri kewangan dan TPM yang menunjukkan kadar kenaikan ekonomi sebanyak purata 8% setahun. Waktu ni, korupsi pun tak banyak berlaku lagi dalam kerajaan.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1997-2003 (6+ tahun) > Waktu ni, usah dikenang la. Kesan dari permainan matawang oleh Pakcik Soros menyebabkan berlakunya kejatuhan matawang disamping kemelesetan ekonomi yang teruk. Pengangguran bersepah, ramai pekerja kena buang. Kompeni baru nak bangun jatuh tersungkur, kompeni yg besar terpaksa dikecilkan utk kurangkan kos. Beberapa negara terpaksa meminta bantuan IFC yang sememangnya merupakan bala kepada bala yang sedia ada (mase ni aku tabik che det sebab pendirian dia taknak minta bantuan kepada IFC). Korang tengok kesannya kepada Indonesia sudah..

::Kitaran Subur/Bull Run::
2004-hujung 2008 (4 tahun) > Kebanyakan industri pulih selepas serangan matawang. Di Malaysia, trend side income dengan buat MLM dah menjadi semakin popular kerana ramai dah sedar tentang keperluan mencari extra income setelah menghadapi kesan ekonomi 97-03. Ekonomi semakin kukuh. Pada hujung 2007 lalu, dapat dilihat nilai index ditutup pada kadar yg paling tinggi dalam sejarah Malaysia (bukan dunia eaa). Sape yang melabur kat unit trust ke, mmg buat duit.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
2009-2016?-Kejatuhan 2 syarikat kewangan US mula memberi kesan yang sgt dasyat. Kejatuhan indeks saham serta matawang berlaku diseluruh dunia. Berguling sape yang main stock market. Pakar ekonomi US mengatakan bahawa kejatuhan ekonomi pada waktu ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 1930 (Great Depression) dan ianya akan berlanjutan sehingga 4 ke 7 tahun. Waktu ni jugalah yang dikatakan akibat daripada BABY BOOM di US selepas World War 2.Korang dah bersedia??Aku gred pada waktu ekonomi meleset..Start menyimpan sepanjang kejatuhan ekkonomi ni.

::Kitaran Subur/Bull Run::
2017-2023 - Ekonomi pulih semula. No wonder la Che Det duk kata wawasan 2020 pada waktu tampuk pemerintahan dia dulu. Wawasan 2020 dapat dicapai la bila ekonomi global seimbang dan stabil dan pertumbuhan ekonomi negara pula memberangsangkan setiap tahun. "Start membeli pada awal bull run dan start menjual pada pengakhiran bull run". Taktau la lepas ni trend ape plk yang tumbuh kat Malaysia. Lagi byk la skim 4D, MLM, tumbuh agaknye.

Daripada kronologi ekonomi yang terjadi kat Malaysia ni, jelas lah bahawa Kitaran Nabi Yusof terbukti dan seterusnya dapat membantu kita meramalkan tentang waktu kenaikan serta kejatuhan ekonomi supaya kita bersedia untuk menghadapi recession yang semakin teruk.

Dah pukul 4 pagi!!Mate aku da lebam tulis post ni..Tido!

0 comments:

Template Design | Elque 2007