10 Punca PC Crash Yang Perlu Korang Tau
Fatal Error
Terjadi apabila system PC korang menjadi tak stabil atau terlalu sibuk (rem cikai r ni). Akan ade satu bar yg bertulis “ Enter to return to Windows” yang perlu korang klik ataupun restart trus komputer korang dengan CTRL-ALT-DELETE. Kesannye, kalau segala keje yang korang buat tak disave, abis la. Nangis! Sebab tu kalau aku buat assignment, sebelum save aku akan bersedia dgn copy semua document. Kekadang mase nak save microsoft word time korang dah siap buat assignment, time tu la fatal error! Memang cilake!
Stuck ngan benda ni memang boleh bikin amuk dengan PC kita. So, ape la yang kita blh buat? Yg penting, mcm mn la nak elak benda ni terjadi.
1. Hardware Conflict
Punca utama kenapa Windows crash sebab masalah ni la!(ade org kate sebab PC ni teknologi alien, so kajian tak sempurna lagi. Errr no komen) Setiap perkakas (printer, floppy disk etc) berkomunikasi dengan perkakas lain melalui IRQ (Interrupt Request Channel)
Contohnya, printer biasanya disambung internally pada IRQ7. Keyboard plk biasanya IRQ1 dan floppy disk drive (disket punya reader) IRQ6. Setiap perkakas ni cuba untuk dapatkan single IRQ untuk dirinya.
Tapi kalau korang dah install byk sgt device dan install korang tu ade yang tak complete, dua perkakas mungkin akan berkongsi IRQ yg sama. Bila korang pakai kedua-dua perkakas ni dalam masa yang serentak, mase ni la crash atau hadrware conflict akan berlaku. Jadi, nak check ade tak hardware conflict kat PC korang tu, korang boleh follow step ni:
* Start-Settings-Control Panel-System-Device Manager.
Kalau sesuatu perkakas ade masalah, signal “!” warna kuning akan muncul kat device manager tu. Klik sekali (highlight) Computer (dalam device manager tu) dan klik properties utk tengok nombor IRQ yang digunakan. Mane2 nombor yang ade 2 kali same tu, tu le device yg sebabkan crash.
Tp kadang2, perkakas mungkin akan berkongsi satu IRQ yang disebut sebagai “IRQ holder for PCI steering”. Mende ni leh diabaikan. Nak setelkan masalah yg td tu just remove perkakas dan install semula.
Korang boleh jgk mendapatkan driver yang terbaru kat internet untuk buatkan perkakas berfungsi dengan lebih baik. Try kat www.driverguide.com. Kalau la perkakas korang tu spt soundcard atau modem, masalah ni blh setel jgk dgn ubah ke slot yang lain kat motherboard (jage2 la mase korang cabut mende2 tu, kang terkoyak waranti dan jgn lupa untuk discharge elektrik statik!)
Anyway, komputer zaman sekarang ni dibina dengan penambahan bilangan IRQ berbanding komputer pertama yang ade 8 IRQ (IBM 8086 chip) je.
2: Ram cikaiRamlah Ram (random-access memory) yg cikai ni, bikin komputer slow dan kekadang dia leh trus sangkut. Bile jadi gni, aku mmg bebai.
Fatal Error yg disebabkan oleh Ram boleh mungkin disebabkan masalah Ram yang tak match. Contoh, korang pakai Ram 70-nanosecond(70ns) dengan Ram 60ns menyebabkan PC terpaksa run semua run pada speed yang lebih rendah. So, ni menyebabkan PC crash ble Ram overworked.
Satu cara nak mensetelkan masalah ni adalah enter BIOS setting dan naikkan “wait state” Ram tersebut. Cara ni boleh menstabilkan lagi Ram. Satu cara lagi untuk troubleshoot masalah Ram adalah dengan menyusun semula chip Ram pada motherboard, atau kne la keluarkan satu. Susah sangat, g hantar lowyat tak pon kedai komputer berdekatan dgn rumah kau la!
3: BIOS setting
Setiap papan ibu motherboard disediakan dengan chipset setting yang telah ditentukan kilang. Cara biasa nak access setting ni adalah dgn tekan F2 atau delete mase beberapa saat lepas start komputer. Kalau cara luar biasa, try tanya ibu anda
Bile dah masuk BIOS, korang leh la salin tentang setting yang ade kat skrin tu. Next time, kalau korang ubah setting dan tetiba PC jadi tak stabil, korang tau la nak revert setting.
Act sekarang dah ade software free yang membolehkan korang check smue setting tu. Tapi aku lagi suke cara tradisional. So, kalau nak, sila klik sini cari sendiri la ye? Lalalala..
4 Hard disk drives
Selepas beberapa minggu, segala maklumat porno2 anda dalam hard disk drive mula jadi pecah2 atau fragmented. So, rajin2 la buat defragment kat hard disk. Yang ni smue org tau nak buat mcm mn kan?
* Start-Programs-Accessories-System Tools-Disk Defragmenter
Korang leh jgk pakai additional software untuk buat defragment. Klik sini kalau nak usha
Kalau tengah defrag ni, tak payah la korang nak save ape2 file kat hard disk. Tak boleh! So, better buat jadual untuk defrag mase korang tak pakai komp. Pernah sekali aku wat esaiment mase defrag (tak perasan sebab auto) pastu tak leh save. Glabah dahh..
Besides, hard disk yang penuh pun bikin PC slow dan crash. So, delete la certain file yang tak berguna. Delete segala isi kat Temporary Internet Files folder ( delete isi, bukan folder!!) boleh freekan banyak space. Emptykan recycle bin korang.
Yang penting, jgn suka hati padamkan komputer dengan terus disconnet kabel elektrik atau switch off plug. Korang memang pandai kalau buat mcm tu.
5 Fatal OE exceptions dan VXD errors
Fatal OE exception errors dan VXD errors adalah disebabkan masalah vidoe card.
Setelkan masalah ni dengan kurangkan sedikit resolution video display. (Slalu jadi bile korang main game yang tinggi grafik tp korang pakai cikai2 punye kad grafik)
* Start-Settings-Control Panel-Display-Settings
Untuk grafik, semua reti settingnye kan. So, xpayah la aku membebel lagi ye.
6 Virus
Virus antara punca feymes kesialan komputer korang. Install antivirus! Kalau korang cukup terer sgt, boleh la delete file virus2 tu secara manual kat hidden file.
Antivirus AVG klik sini
Avast Home Edition klik sini
McAfee klik sini
7 Printer
Tindakan hantar dokumen utk diprint menghasilkan file yang besar atau selalunya dipanggil postscript file.
Printer ni ada memory yang kecil je yang dipanggil buffer. So, ia senang skali untuk jadi overloaded. Print dokumen juga cmemerlukan sedikit amaun elektrik dari CPU power. Sebab tu le komp jadi slow sket.
Kalau printer cuba print character yang tak dikenal pasti, ia boleh menyebabkan crash. So, mase ni printer korang jadi gelong. Document takkan diprint. So, korang kena la reset semula printer.
8 Software
Kebiasaan crash disebabkan software ni adalah disebabkan faulty atau badly-installed software. Setelkan masalah ni dengan uninstall dan reinstall atau fix software tu. Another contoh kalau laptop vista korang disumbatkan dengan XP. Ade la crash nnt.
9 Overheating
CPU terlebih panas menyebabkan beliau berpeluh kernel error (chip suda overspeed). Nak setelkan masalah ni??Errr try cara baru. Pasang air cond dalam CPU.
10 Masalah power supply.
Arus elektrik kadangkala menjadi tidak stabil disebabkan construction yang berlaku hari-hari. Power surge (kejutan) atau spike boleh crashkan komputer dengan mudah.
Nak elakkan masalah ni berlaku, purchase uninterrupted power supply (UPS). Is worth!
So, tu lah 10 point yang perlu korang tau knape PC crash. Sebab ke-11 boleh masukkan teknologi alien?
0 comments:
Post a Comment