Monday, January 19, 2009

Memang mengge[ri]+[li]kan!

Time aku free, kekadang aku rajin jgk tgk2 video kat youtube. Aku saje nak cari video yg nichi utk affiliate. Kat home youtube aku, terusha la satu tajuk "Cow gives birth to a dude"..

So, dengan perasaan nak tau ditambah dengan ayat WTF ape kejadah tajuk mcm tu, aku pun klik n usha video tu..


video

WTF??Biar betol!!!!!!!!!hahahaha

Sunday, January 4, 2009

Susu coklat expired!!

Arini tetiba ngidam nak makan cereal dengan susu coklat. So, aku pun beli la cereal yg sekampit beso dengan susu sekotak. Dah makan dengan sedapnye cereal dengan susu coklat semangkuk, tiba2 aku terperasan expired date: 4/1/2009..Arini 5/1/2009..Cilake!Expired semalam!@konslet
Trus aku g hantar balik susu tu kat kedai yang padahal dah minum half! Tp dah expired pun aku rase mcm sedapppp je..uhuhu:snow41:
.

Kalau aku tak sakit perut arini, perut aku memang kebal@gatau

Jawapannya Pelangkung!

"Awak dengan tong drum ni adik beradik ke?" Syamsul bertanya dengan penuh minat kepada seorang awek bersaiz XXXL yang baru dikenalinya melalui chhit-chat room

"Wei, kau makan ape tu? Aku tengok seimbas, macam cacing gelang la pulak!" tanya Din kepada Haniff yang sedang khhusyuk menyuap mee goreng basah kegemarannya.

"Pak cik ni memang malas mandi atau saja-saja nak jimat air ye?" tanya Atan kepada seorang pengemis yang duduk disebelahnya di sebuah bangku di taman permainan kanak-kanak.

"Boleh bayarkan bil I ni tak?" tanya Rashid selamba kepada pelanggan di meja sebelahnya di dalan restoran lima bintang.

"Bagus betul la ko ni, Mat...jalan-jalan g shopping pun bawak pembantu rumah," puji Latip sambil menjeling perempuan di sebelah Mat yang sedang mendukung bayi.

10 Punca PC Crash Yang Perlu Korang Tau

Fatal Error
Terjadi apabila system PC korang menjadi tak stabil atau terlalu sibuk (rem cikai r ni). Akan ade satu bar yg bertulis “ Enter to return to Windows” yang perlu korang klik ataupun restart trus komputer korang dengan CTRL-ALT-DELETE. Kesannye, kalau segala keje yang korang buat tak disave, abis la. Nangis! Sebab tu kalau aku buat assignment, sebelum save aku akan bersedia dgn copy semua document. Kekadang mase nak save microsoft word time korang dah siap buat assignment, time tu la fatal error! Memang cilake!

Stuck ngan benda ni memang boleh bikin amuk dengan PC kita. So, ape la yang kita blh buat? Yg penting, mcm mn la nak elak benda ni terjadi.

1. Hardware Conflict
Punca utama kenapa Windows crash sebab masalah ni la!(ade org kate sebab PC ni teknologi alien, so kajian tak sempurna lagi. Errr no komen) Setiap perkakas (printer, floppy disk etc) berkomunikasi dengan perkakas lain melalui IRQ (Interrupt Request Channel)

Contohnya, printer biasanya disambung internally pada IRQ7. Keyboard plk biasanya IRQ1 dan floppy disk drive (disket punya reader) IRQ6. Setiap perkakas ni cuba untuk dapatkan single IRQ untuk dirinya.

Tapi kalau korang dah install byk sgt device dan install korang tu ade yang tak complete, dua perkakas mungkin akan berkongsi IRQ yg sama. Bila korang pakai kedua-dua perkakas ni dalam masa yang serentak, mase ni la crash atau hadrware conflict akan berlaku. Jadi, nak check ade tak hardware conflict kat PC korang tu, korang boleh follow step ni:

* Start-Settings-Control Panel-System-Device Manager.

Kalau sesuatu perkakas ade masalah, signal “!warna kuning akan muncul kat device manager tu. Klik sekali (highlight) Computer (dalam device manager tu) dan klik properties utk tengok nombor IRQ yang digunakan. Mane2 nombor yang ade 2 kali same tu, tu le device yg sebabkan crash.

Tp kadang2, perkakas mungkin akan berkongsi satu IRQ yang disebut sebagai “IRQ holder for PCI steering”. Mende ni leh diabaikan. Nak setelkan masalah yg td tu just remove perkakas dan install semula.

Korang boleh jgk mendapatkan driver yang terbaru kat internet untuk buatkan perkakas berfungsi dengan lebih baik. Try kat www.driverguide.com. Kalau la perkakas korang tu spt soundcard atau modem, masalah ni blh setel jgk dgn ubah ke slot yang lain kat motherboard (jage2 la mase korang cabut mende2 tu, kang terkoyak waranti dan jgn lupa untuk discharge elektrik statik!)

Anyway, komputer zaman sekarang ni dibina dengan penambahan bilangan IRQ berbanding komputer pertama yang ade 8 IRQ (IBM 8086 chip) je.

2: Ram cikai
Ramlah Ram (random-access memory) yg cikai ni, bikin komputer slow dan kekadang dia leh trus sangkut. Bile jadi gni, aku mmg bebai.

Fatal Error yg disebabkan oleh Ram boleh mungkin disebabkan masalah Ram yang tak match. Contoh, korang pakai Ram 70-nanosecond(70ns) dengan Ram 60ns menyebabkan PC terpaksa run semua run pada speed yang lebih rendah. So, ni menyebabkan PC crash ble Ram overworked.

Satu cara nak mensetelkan masalah ni adalah enter BIOS setting dan naikkan “wait state” Ram tersebut. Cara ni boleh menstabilkan lagi Ram. Satu cara lagi untuk troubleshoot masalah Ram adalah dengan menyusun semula chip Ram pada motherboard, atau kne la keluarkan satu. Susah sangat, g hantar lowyat tak pon kedai komputer berdekatan dgn rumah kau la!

3: BIOS setting
Setiap papan ibu motherboard disediakan dengan chipset setting yang telah ditentukan kilang. Cara biasa nak access setting ni adalah dgn tekan F2 atau delete mase beberapa saat lepas start komputer. Kalau cara luar biasa, try tanya ibu anda

Bile dah masuk BIOS, korang leh la salin tentang setting yang ade kat skrin tu. Next time, kalau korang ubah setting dan tetiba PC jadi tak stabil, korang tau la nak revert setting.

Act sekarang dah ade software free yang membolehkan korang check smue setting tu. Tapi aku lagi suke cara tradisional. So, kalau nak, sila klik sini cari sendiri la ye? Lalalala..

4 Hard disk drives
Selepas beberapa minggu, segala maklumat porno2 anda dalam hard disk drive mula jadi pecah2 atau fragmented. So, rajin2 la buat defragment kat hard disk. Yang ni smue org tau nak buat mcm mn kan?

* Start-Programs-Accessories-System Tools-Disk Defragmenter

Korang leh jgk pakai additional software untuk buat defragment. Klik sini kalau nak usha

Kalau tengah defrag ni, tak payah la korang nak save ape2 file kat hard disk. Tak boleh! So, better buat jadual untuk defrag mase korang tak pakai komp. Pernah sekali aku wat esaiment mase defrag (tak perasan sebab auto) pastu tak leh save. Glabah dahh..

Besides, hard disk yang penuh pun bikin PC slow dan crash. So, delete la certain file yang tak berguna. Delete segala isi kat Temporary Internet Files folder ( delete isi, bukan folder!!) boleh freekan banyak space. Emptykan recycle bin korang.

Yang penting, jgn suka hati padamkan komputer dengan terus disconnet kabel elektrik atau switch off plug. Korang memang pandai kalau buat mcm tu.


5 Fatal OE exceptions dan VXD errors
Fatal OE exception errors dan VXD errors adalah disebabkan masalah vidoe card.

Setelkan masalah ni dengan kurangkan sedikit resolution video display. (Slalu jadi bile korang main game yang tinggi grafik tp korang pakai cikai2 punye kad grafik)

* Start-Settings-Control Panel-Display-Settings

Untuk grafik, semua reti settingnye kan. So, xpayah la aku membebel lagi ye.

6 Virus
Virus antara punca feymes kesialan komputer korang. Install antivirus! Kalau korang cukup terer sgt, boleh la delete file virus2 tu secara manual kat hidden file.

Antivirus AVG klik sini
Avast Home Edition klik sini
McAfee klik sini

7 Printer
Tindakan hantar dokumen utk diprint menghasilkan file yang besar atau selalunya dipanggil postscript file.

Printer ni ada memory yang kecil je yang dipanggil buffer. So, ia senang skali untuk jadi overloaded. Print dokumen juga cmemerlukan sedikit amaun elektrik dari CPU power. Sebab tu le komp jadi slow sket.

Kalau printer cuba print character yang tak dikenal pasti, ia boleh menyebabkan crash. So, mase ni printer korang jadi gelong. Document takkan diprint. So, korang kena la reset semula printer.

8 Software
Kebiasaan crash disebabkan software ni adalah disebabkan faulty atau badly-installed software. Setelkan masalah ni dengan uninstall dan reinstall atau fix software tu. Another contoh kalau laptop vista korang disumbatkan dengan XP. Ade la crash nnt.

9 Overheating
CPU terlebih panas menyebabkan beliau berpeluh kernel error (chip suda overspeed). Nak setelkan masalah ni??Errr try cara baru. Pasang air cond dalam CPU.

10 Masalah power supply.
Arus elektrik kadangkala menjadi tidak stabil disebabkan construction yang berlaku hari-hari. Power surge (kejutan) atau spike boleh crashkan komputer dengan mudah.

Nak elakkan masalah ni berlaku, purchase uninterrupted power supply (UPS). Is worth!

So, tu lah 10 point yang perlu korang tau knape PC crash. Sebab ke-11 boleh masukkan teknologi alien?@nggaya

Most Disgusting Ever!!

Tittle: Two Girls, One Cup

Should i upload the vide to this blog??

Nah....copy paste, tengok sendiri la.


http://www.youtube.com/watch?v=ADCQxllLhbE --> amaran: Do not watch the real video video! Haha..

http://www.youtube.com/watch?v=ZhevNN1BDnQ --> Joe Rogan yang duk tengok org makan lipas pun taley tahan..Sick

http://www.youtube.com/watch?v=63_0EJTlTR8 -->jambu punye reaction

http://www.youtube.com/watch?v=zr_EBAsillA --> ni additional yg tak bley blah!!

Hahaha!enjoy!@kembar
p/s: Disebabkan curious nak tgk ape menda la diaorg duk wek2 tak tentu pasal ni, aku pun try la cari vdeo ni dan hasilnye...THAT WAS SOOOOO DISGUSTING EVER!!!

Saturday, January 3, 2009

Kitaran Nabi Yusof (Joseph Cycle) dan Mukjizat Al-Quran

Entri kali ini berkaitan dengan keadaan ekonomi dan juga bukti mukjizat Al-Quran. Korang pernah dengar tentang Kitaran Nabi Yusof ataupun dikenali sebagai Joseph (Yusof) Cycle??

Before ni, aku tak pernah tahu pun tentang kitaran ni dan tak pernah pulak nak ambil tahu. Sampai la suatu hari, waktu aku jumpa sorang prospect yang ade niat laen masa aku buat program dana. Dia msg aku nak tau pasal program yang aku buat ni. So, aku pun pergi la jumpa manusia yang belum dikenali ni kat kedai makan area tmn perumahan aku jgk.

So, mase berjumpa, dia perkenalkan diri sebagai Asnor. so, after dia mintak aku terangkan tentang program aku, aku pun membebel la selama 20 minit ttg program dana, yang buatkan aku berjaya dptkan RM23ribu mase cuti sem yang lepas.

Abis jer aku cerita, ngan penat bebel tak ilang lagi, tetiba je dia cakap "mahu tak saya tunjukkan awak satu jalan untuk tolong awk dalam menghadapi hari esok awk?" Mase tu aku dah mule nak baran. Aku bajet, mamat ni dari skim MLM mane plk dah. Perangai aku cukup pantang kalau aku dipanggil untuk presentkan tentang bisnes kat somebody, tapi at the end, dia promote bisnes dia plk. Bagi aku org spesis ni mmg LOSER sebab dia mempergunakan flyers aku! Ikut hati, mau aku sembur api kat dia nih! Nasihat: Use your own flyers to get your own prospect la!

So, aku try cool dulu dan tanya tentang ape yg dia nak cakap. Aku sound suruh dia cakap direct jer, tak payah berkias. Gua dah letih bebel td beb! Abis ais limau sejag segelas! So dia pun mula la perkenalkan tentang Insuran yang dia buat (aku mase tu dah "alahaiiiii"). Disebabkan aku pernah eksiden hampir maut dulu, mase aku takde insuran tu, so aku ni ada la percentage penerimaan insuran yang agak tinggi dan aku leh tadah telinga untuk mendengar.

So, mase dia duk goreng tentang insuran ni la dia masukkan sekali tentang Kitaran Nabi Yusof ataupun Joseph Cycle tu. Ni adalah antara taktik dia la ni nak tarik aku amik insuran. Anyway, proses kitaran tu berjaya menarik minat aku untuk mengetahuinya lebih mendalam. Lepas haritu, aku mula la kaji dan search internet tentang kitaran tu. Aku nak sumber kronologi tentang ekonomi dunia berkaitan dgn Kitaran Nabi Yusof tu dia tak bagi. Hampeh! Biase la. Senjata rahsia ahli insuran agaknya. Jadi, terpaksa la aku buat kajian dengan mencari sumber dari internet. Hasil daripada googling aku kat tenet ni, sukacita (skema beb) aku nak kongsi dengan korang semua.

Kitaran Nabi Yusof ni direvealkan oleh para pakar ekonomi hasil daripada kajian mendalam keatas Kalam Allah, melalui surah Yusuf (ayat 46-49)

"Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang yang mengutusku itu, agar mereka mengetahuinya."

Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh musim(lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh musim yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.

Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." (Surah Yusof : 46-49)
Ayat ini menerangkan tafsiran daripada Nabi Yusuf semasa beliau di dalam penjara keatas mimpi Raja Mesir. Raja mesir bermimpi tentang 7 ekor sapi betina yang gemuk dan 7 ekor sapi betina yang kurus serta 7 butir gandum yang hijau dan 7 butir gandum yang kering.

Tafsiran tentang Mesir akan berhadapan dengan 7 tahun musim kemarau yang teruk selepas 7 tahun musim subur serta nasihat dari Nabi Yusof yang meminta Mesir menyimpan hasil makanan untuk menghadapi musim kemarau berjaya menyelamatkan Mesir daripada menerima kesan buruk akibat kemarau tersebut dan natijahnya, Nabi Yusof telah dibebaskan dari penjara dan dilantik sebagai pembesar Mesir.

Dari ayat ini juga dapat kita lihat mukjizat Al-Quran iaitu menceritakan tentang sejarah masa lampau dan hasil dari pengkajian mendalam terhadap ayat ini jugalah merungkai satu lagi bukti mukjizat al-Quran iaitu menceritakan tentang perkara yang akan berlaku.

7 tahun subur dan 7 tahun kemarau serta 7 tahun yang subur semula telah berlaku pada hari ini dalam bentuk ekonomi dunia. Kronologinya, saya tunjukkan melalui kitaran ekonomi di Malaysia bermula pada tahun 1969.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1969-1975 (6+ tahun) > Selepas pilihanraya, berlakunya peristiwa 13 Mei hasil ketidakseimbangan stratifikasi ekonomi kaum di Tanah Melayu yang seterusnya melihat DEB diperkenalkan serta FELDA dan FELCRA diperkenalkan. Pada waktu ni mmg susah beb. Disebabkan ekonomi negara yang telah disetkan penjajah dari awal, kesannya, negara mengalami kitaran kemarau ekonomi. Korang sure tau keadaannye mcm mn. Tgk crite Spiderman Bilut. Ade la ditunjukkan sket keadaan pada waktu permulaan FELDA diperkenalkan. Teroka tempat jin bertendang!

::Kitaran Subur/Bull Run::
1976-1982 (6+ tahun) > Hasil FELDA dan FELCRA dikeluarkan dan pada waktu ni, harga getah melambung tinggi. Begitu juga dgn kelapa sawit. Waktu ni, sape2 yang usahakan kebun getah, duit seringgit kertas tu buat untuk gulung tembakau, pastu cucuh api, isap. Korang nak try buat time skarang. Try la gulung seringgit, buh tembakau, pastu isap kat Subaidah dan buat muke poyo blagak gila (tapi aku rasa, dengan kenaikan harga rokok skarang, kepada sape2 isap rokok tu, rasenya same la mcm org dulu tu yg bubuh tembakau dalam gulungan duit dan bakar. Kire la sendiri sebatang rokok harga brape skarang)

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1983-1989 ( 6+ tahun) > Waktu ni berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan pengangguran banyak berlaku kat Malaysia. Harga getah yang tinggi dah jatuh serendah rendah nye menyebab yang isap rokok pakai duit kertas kembali kepada daun kelapa. Rizalmat, membe sekelas aku suka isap rokok daun. Mcm org tua.

::Kitaran Subur/Bull Run::
1990-1996 ( 6+ tahun) > Economic boom di Malaysia ketika Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai menteri kewangan dan TPM yang menunjukkan kadar kenaikan ekonomi sebanyak purata 8% setahun. Waktu ni, korupsi pun tak banyak berlaku lagi dalam kerajaan.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1997-2003 (6+ tahun) > Waktu ni, usah dikenang la. Kesan dari permainan matawang oleh Pakcik Soros menyebabkan berlakunya kejatuhan matawang disamping kemelesetan ekonomi yang teruk. Pengangguran bersepah, ramai pekerja kena buang. Kompeni baru nak bangun jatuh tersungkur, kompeni yg besar terpaksa dikecilkan utk kurangkan kos. Beberapa negara terpaksa meminta bantuan IFC yang sememangnya merupakan bala kepada bala yang sedia ada (mase ni aku tabik che det sebab pendirian dia taknak minta bantuan kepada IFC). Korang tengok kesannya kepada Indonesia sudah..

::Kitaran Subur/Bull Run::
2004-hujung 2008 (4 tahun) > Kebanyakan industri pulih selepas serangan matawang. Di Malaysia, trend side income dengan buat MLM dah menjadi semakin popular kerana ramai dah sedar tentang keperluan mencari extra income setelah menghadapi kesan ekonomi 97-03. Ekonomi semakin kukuh. Pada hujung 2007 lalu, dapat dilihat nilai index ditutup pada kadar yg paling tinggi dalam sejarah Malaysia (bukan dunia eaa). Sape yang melabur kat unit trust ke, mmg buat duit.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
2009-2016?-Kejatuhan 2 syarikat kewangan US mula memberi kesan yang sgt dasyat. Kejatuhan indeks saham serta matawang berlaku diseluruh dunia. Berguling sape yang main stock market. Pakar ekonomi US mengatakan bahawa kejatuhan ekonomi pada waktu ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 1930 (Great Depression) dan ianya akan berlanjutan sehingga 4 ke 7 tahun. Waktu ni jugalah yang dikatakan akibat daripada BABY BOOM di US selepas World War 2.Korang dah bersedia??Aku gred pada waktu ekonomi meleset..Start menyimpan sepanjang kejatuhan ekkonomi ni.

::Kitaran Subur/Bull Run::
2017-2023 - Ekonomi pulih semula. No wonder la Che Det duk kata wawasan 2020 pada waktu tampuk pemerintahan dia dulu. Wawasan 2020 dapat dicapai la bila ekonomi global seimbang dan stabil dan pertumbuhan ekonomi negara pula memberangsangkan setiap tahun. "Start membeli pada awal bull run dan start menjual pada pengakhiran bull run". Taktau la lepas ni trend ape plk yang tumbuh kat Malaysia. Lagi byk la skim 4D, MLM, tumbuh agaknye.

Daripada kronologi ekonomi yang terjadi kat Malaysia ni, jelas lah bahawa Kitaran Nabi Yusof terbukti dan seterusnya dapat membantu kita meramalkan tentang waktu kenaikan serta kejatuhan ekonomi supaya kita bersedia untuk menghadapi recession yang semakin teruk.

Dah pukul 4 pagi!!Mate aku da lebam tulis post ni..Tido!

Wednesday, December 31, 2008

Berita tergempar!!Aku dapat RM JUTA-JUTA!!

Hahaha!! Aku tau, korang sekarang mesti jeles bile dengar aku dapat amaun banyak tu. Banyak siot. Secara rasmi nnt, aku boleh jadi jutawan muda kat Malaysia. Dr Irfan Khairi pun boleh nangis sebab tittle jutawan muda dulu dah dirembat aku. Boleh la tercapai hajat nak beli kereta sport sebelum aku gred tahun depan. Pastu, korang yang baca blog ni, aku bagi sorang seratus ringgit.Hehe..
uhh wait for me baby




Anyway, btoi ke aku dapat duit banyak tu? Korang try check kat sini:


SHELL INTERNATIONAL LTD,
SHELL FOUNDATION,
ABUJA SE1 7NA,
NIGERIA


Ref: 475061727
Batch: 7056490934/2008
Winning no: GB8701/LPRC:
Date: 7th Dec 2008

Dear Donation Beneficiary,

NOTIFICATION OF YOUR WINNING

The Shell Foundation NIGERIA is glad to notify you that you have been chosen by the board of trustees as one of the final recipients of a cash Grant/Donation for your own personal, educational, and business development.

The Shell Foundation NIGERIA, was established in the year 2000 by the Shell Multi-Million Groups and is now supported by the United Nations (UN),European Union (EU), and the Economic Community of West African States (ECOWAS).
To celebrate the 7th anniversary program, the Shell Foundation NIGERIA in conjunction with other relevant bodies is giving out a yearly donation of £16,000,000 GB Pounds (Sixteen Million Great Britain Pounds Starlings) to 20 lucky recipients. These specific Donations/Grants will be awarded to recipients worldwide in different categories for their personal business development and enhancement of their educational plans.

Kindly note that you will only be chosen to receive the donation once, which means that subsequent year ly donation will not get to you again.

You were selected among the lucky recipients to receive the award sum of £800,000.00 GB Pounds (Eight Hundred Thousand Great Britain Pounds Starlings) as charity donations/aid from the Shell Foundation NIGERIA in accordance with the enabling act of Parliament.

NOTE To file for your claim. Please quote your reference, batch and winning number which can be found on the top left corner of this not ification as well as your full name, address and telephone number to help locate your file easily. For security reasons, we advice all winners to keep this information confidential from the public until your claim is processed and your prize released to you.

This is part of our security protocol to avoid double claiming and unwarranted taking advantage of this programme by non-participant or unofficial personnel.

HOW TO CLAIM YOUR PRIZE: Simply contact our fiducial agent, DR ALI MADU AT shell_lotterypromoagent@yahoo.com Mobile Number:+2348061334837

All information is strictly confidential and will only be used for the purpose to which it is been requested.

On behalf of the Board kindly, accept our warmest congratulations.

Regards.
Sir Allan Buffet
Grants Co-ordinator
Uiii bertuahnye badan. Kalau dapat duit mcm ni, aku blanje smue budak UTeM makan kat cafe peterpan!!Oder je kat makcik cafe tu. Aku bayar.Haha. Walaubagaimanapun seperti yang korang sedia maklum, email spesis ni adalah SCAM EMAIL yang sememangnya semakin mengganas bila terjadinya krisis ekonomi. Ramai yang mencari peluang nak mendapatkan duit dengan cara mudah; pecah masuk akaun bank kita.

Cara ni tersangat la feymes dikalangan geng awang hitam yang aku rase diaorg cukup terer dalam operasi meng"hack" akaun bank dan menipu ni. Kalau yang jenis pukau-pukau pun diaorang terer jugak. Haish!

Anyway, aku dah dapat e-mail sebegini, saje la gatai-gatai jari nak reply. Nak tengok ape la next taktik diaorg. Next email aku dapat ialah minta segala information aku. Part ade nak bank information tu yang maut. Information tu je mamat belanga ni perlukan sebenarnya. Info lain tu saje nak pancing je. Mase tu aku terpikir, kalau benda ni betul nak bagi, send je la cek melalui kurier. Abih cerita. Yang ko nak pau no akaun aku tu pehal??

So, untuk nak terus mengetahui plot komplot2 geng punggung kuali ni, aku pun bagi je la no akaun (no akaun tu hentam je..Tidak melibatkan akaun mana2 pihak.Tq)

Head Office
Herbert Macaulay Way,
Wuse Zone 6,
Abuja FCT.
Lagos Corporate Office

Plot 270 Ozumba Mbadiwe,
Victoria Island,
Lagos,
Email: fundtransferdept@oceanicbanknigeria.com
fundtransferdeptoceanicbank@yahoo.com
Customercare@oceanicbank.com
Mobile Tel: + 234-708-898-1529
Land Line: +234-1-850703 +2346664208
Fax: 234-1-2023816


Attention: Muhd Faiz B Abu Hassan,


Be informed that this bank have received from your regional Claims Office your Application Form for Payment and your winning file as well. Therefore we have commenced the processing for the payment of £800,000.00 GB,which is your entitled sum deposited with our bank.

The transfer will be based on the information provided in your Application form and everything must go in accordance with the ethics and policies of our banking regulation.

BANK TRANSFER STATEMENT
***INPUT MESSAGE TYPE: Customer Transfer
***ORDERING CUSTOMER: Shell International Lottery Promotion
***TRANSACTION REFERENCE NO: 105B0439401
***AMOUNT WON: £800,000.00 GB
***CURRENCY CODE: Pounds Starlings(£)

In your application form we received the information below and we are presenting it to you for your reconfirmation, we advice you make corrections or modification if necessary because we shall process your donation with the information you provided in the application form. We are hence not liable for errors made by you typographically or otherwise.

BENEFICIARY ACCOUNT INFORMATION
***BENEFICIARY'S NAME: MUHD FAIZ B ABU HASSAN
***MODE OF TRANSFER: BANK TO BANK WIRE TRANSFER
***BENEFICIARY'S BANK NAME: MAYBANK
***BENEFICIARY'S BANK ADDRESS: KUALA LUMPUR
***BENEFICIARY'S A/C #: 0883-9878454-52-0
***SWIFT CODE: Provide this information

Therefore you are required to get back to us on the receipt of this email so that we can proceed with the processing for your transfer.

You are also required to provide one of the following document for the final processing for your transfer.

1) A SCAN COPY OF YOUR PASSPORT
2) A SCAN COPY OF YOUR DRIVER'S LICENSE
3) A SCAN COPY OF ANY IDENTIFICATION CARD.

On behalf of the Management of this Bank, I congratulate you on your winning and advice you make judicious use of your money.
Yours faithfully,
C. A. O IBRU
Oceanic Bank Plc
Management


Pergh, sampai mcm tu taktik geng belanga ni!! Punya nak memberi keyakinan kepada mangsa, kali ni diaorang menyamar jadi pihak bank pulak. Nampak macam real kan??Aku pun mula-mula dah rasa terketai-ketai sket, betul ke promo ni? (ayat rembat dari chokilala)

Reaksi aku kalau taktau pasal scam ni:
Wooo best2. Bukak sem aku jadi jutawan, nak melancong sana sini, beli keter sebijik, keter sport, boleh aku menayang kat ex aku, nak kawin, bla2...sampai tidur meleleh air liur syiok!

Reaksi aku yang dah tau scam ni:
Rase best jugak! Rase best kalau betul...Sori dude, both email have the same IP! Kau eja Pound Starling plk tu! Tu loghat negeri kau! Kau kantoi!

So, kepada yang baru mula nak menyinggah dunia internet ni, berhati-hati la dengan penipuan internet yang macam ni. Tawaran macam ni memang akan cepat buat kita hilang pertimbangan disebabkan dipancing dengan amaun duit yang banyak. Punya la berangan nak dapat duit banyak, last-last, akaun bank kena pecah, abis duit simpanan, tergolek berguling la kau

Jd, awas internet user! Jangan terpedaya dengan penipuan atau scam yang semakin bermaharajalela ni!!Sape nak bagi duit senang-senang beb? Btul kan?
.

Errr kalau kau dapat duit banyak tu, ape yang kau nak buat??Jawabbbb..Jangan tak jawabb!
.

Aku nak bawak family pergi Mekah, lepas balik nak beli rumah baru, keter baru, bahagikan duit untuk bagi adik beradik aku berniaga.
.
Eh kau tak jawab lagi!!Sile jawab cepat!

P/s: Nak dapat biasiswa dari SHELL pun separuh mati kena buat karangan.
@males

Template Design | Elque 2007